Universiti Lubuk Hutang?!

    Headline bikin gusar dan kontroversi. Sebenarnya takda kaitan. Cuma terkenang kembali masa-masa yang dihabiskan atau dibazirkan di sana. Bercakap secara realistik, aku rasa aku telah rugi 3 tahun. Rugi 3 tahun dari segi kewangan. Dulu aku tak nampak semua ni. Dulu aku naif dan sangat noob. Tak fikir pun pasal duit atau masa depan sebab yang penting dapat masuk universiti.


    MaSuK uNiVerSiTi peLuaNg KeRjA lUaS. MaSuK uNiVerSiTi dApAt jUmPa bAkaL tEmAn HidUp. MaSuK uNivErSiTi gAJi TinGgi. Well, shit.

    Lepas waktu internship, baru aku tersedar daripada lamunan duniawi. Mana dia peluang kerja yang luas bergaji tinggi yang setaraf dengan kelulusan aku? Kenapa dia kelulusan tak tinggi tapi gaji dia setaraf orang yang berkelulusan tinggi? Persoalan-persoalan ni timbul lepas aku tersedar. Kira macam Woken Matt Hardy. Dahlah internship takda bayaran gaji, dikerah membuat tugasan seorang kerani yang sudah sedia ada, berhutang PTPTN pula tu! Hahaha. Jangan sampai digelar 'irresponsible borrower' sudah lah. Bukan nak kata benda tak baik, cuma berfikir secara logika dan realistik.

    Pendapat aku berbelah bagi. Selama 3 tahun lebih aku sambung belajar, aku rasa rugi tak dapat kumpul duit. Bayangkan jelah 3 tahun tu kalau aku dah kerja, dah kumpul duit, mesti hari ni aku dah ada rumah. Tak payah susah fikir nak cari kerja yang sesuai dengan kelulusan. Dalam masa yang sama juga, aku dapat rasai satu pengalaman yang lain daripada yang lain selama 3 tahun lebih. Macam rusa masuk kampung. Kawasan kampus tu aku anggap dah macam satu bandar kecil yang asing daripada dunia lain. Dapat jumpa dengan manusia daripada pelosok dunia. Tak bohong lah aku jakun juga nampak Mat Salleh, Latina, Salt Bae dan sebagainya masa dekat kampus. Hidup berdikari dengan ihsan PTPTN, tak sanggup minta duit mak ayah. Apa yang dapat daripada pinjaman tu, itu lah yang aku gunakan sebaik-baiknya. Satu lagi, aku dapat ilmu yang sangat berguna dan aku boleh manfaatkan ilmu yang aku dapat tu selama-lamanya.

    The one thing I enjoyed the most during those years is the time I spent alone in the library. It was like a haven and I'm so comfortable with that. Makes me feel like I'm in my own world. World full of books and wisdoms! Sedangkan kawan-kawan lain sibuk berjimba dekat Masjid Tanah dan shopping mall yang selalu budak universiti pergi tu. I'm a nerd. Also, I am cheap.

    Apa-apa pun, masa 3 tahun tak boleh dipulangkan kembali. Nak berpatah balik pun sudah terlambat. Teruskan sahaja dan jangan menoleh ke belakang ya.

p/s : Masih berkira-kira untuk membayar semula hutang pinjaman pendidikan mengenangkan keadaan ekonomi yang belum mesra.

Comments

Popular Posts