Oh Dunia!
Dulu, bila aku ada masa, aku menulis. Sekarang, bila aku ada masa, aku menaip. Kadang-kadang, bila ada masa, aku habiskan masa dengan melakukan perkara yang sia-sia seperti mengunjungi laman Twitter secara kerap. Ada je niat nak menaip tapi godaannya begitu ketara. Bila rasa rajin, tak tahu pula nak mulakan yang mana satu. Masalah betul!
Aku dah lama berkecimpung dalam dunia blogging. Cuma ada ketika, terpaksa tinggalkan dunia blogging sebab nak menghadap realiti. 'Berehat sebentar'. Jadi, sekarang ni aku rasa dah rehat terlalu lama, aku dah lupa kata laluan dan sebagainya daripada blog lama, aku cipta blog yang baru pula. Alah.. Acah-acah 'tahun baru, azam baru' gitu. Takda sebarang niat jahat atau aniaya, cuma berniat untuk menulis sahaja. Aku kerap berfikir - Dunia ini hanya sementara. Kita memainkan watak cuma untuk seketika. Orang kata, 'live a life you will remember'. Sejak hari tu, aku sangat menghargai masa. What you write still lives on even if you're not.
Oleh itu, salam perkenalan 2.0.
Comments
Post a Comment